Bertawassul Dengan Nabi SAW Sebelum Hayatnya
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 13 December 2010
Menyambung perbicaraan dari minggu lepas, di dalam hadith tawassul dengan Rasulullah SAW sebelum kewujudan Baginda SAW, menunjukkan bahawa paksi kesohihan bertawassul ialah hendaklah orang yang ditawassulkan itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dan tidak disyaratkan hidup di dunia.
Dari sini dapat diketahui, bahawa pendapat yang menyatakan bahawa bertawassul dengan seseorang itu tidak sah melainkan sewaktu hidupnya di dunia merupakan pendapat orang yang hanya mengikut hawa nafsu dan bukannya berdasarkan petunjuk daripada Allah.
Kesimpulannya, hadith ini telah disohihkan dengan hadith-hadith yang mendukungnya, dan ia telah dinaqalkan oleh sekumpulan ulama’ besar, imam-imam ahli hadith dan para hafiznya; yang kesemuanya mempunyai kedudukan yang sememangnya telah ma’ruf dan pangkat yang tinggi. Mereka juga adalah orang yang bersifat amanah terhadap Sunnah Nabawiyyah. Di antara mereka ialah al Hakim, al Suyuti, al Subki dan al Balqini.
“Sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon kemenangan (dengan kemuliaan Nabi Muhammad SAW) atas kaum kafir musyrik. Iaitu dengan engkau, wahai Muhammad, hingga firmanNya:“Maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang kafir yang ingkar itu.” (Al Baqarah: 89. Tafsir al Qurtubi jld 2 H: 26-27.)
Inilah antara hujah-hujah yang menunjukkan bolehnya bertawassul dengan Nabi SAW hatta ketika Baginda SAW belum dilahirkan ataupun dilantik sebagai Rasul. Secara tak langsung, ia juga menunjukkan kelebihan Nabi SAW telah bermula jauh lebih awal sebelum wahyu yang pertama diturunkan ke atas Baginda SAW. Tidak benarlah kata-kata yang bahawa Nabi SAW sebelum perlantikannya hanyalah sama seperti orang kebanyakan! Kata-kata ini ada ditujukan sebagai menafikan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Selain mereka, al Baihaqi juga menaqalkan hadith ini di dalam kitabnya, Dalail al Nubuwwah; yang beliau syaratkan tidak meriwayatkan hadith-hadith yang maudhu’ di dalamnya, dan seperti yang dikatakan oleh al Zahabi: “Hendaklah kamu berpegang dengannya kerana kesemua hadith yang terkandung di dalam kitabnya merupakan petunjuk dan juga cahaya.” (Syarah al Mawahib Jld 1, H: 62.)
Ibnu Kathir pula telah menyebutnya di dalam al Bidayah. Manakala Ibnu Taimiyyah telah mendatangkan pendukung-pendukung hadith ini di dalam kitabnya, al Fatawa. Adapun ulama’ yang berselisih pendapat mengenai hadith ini; sebahagiannya menolak dan sebahagiannya lagi menerimanya, bukanlah perkara yang ganjil kerana kebanyakan hadith Nabi SAW tidak dapat lari daripada berlakunya khilaf ulama’, malah terdapat lebih banyak daripada ini dan ia dikritik oleh pengkritik hadith dengan kritikan yang lebih hebat daripada hadith ini.
Disebabkan perkara tersebut, lahirlah kitab-kitab karangan yang besar ini. Di dalamnya terdapat istidlalat (tunjuk dalil), ta’aqqubat (menerangkan yang salah dan yang betul), muraja’at (munaqasyah) dan muakhazat (penerangan mengenai perselisihan dalam menentukan darjat hadith). Namun, perselisihan pendapat dari sudut darjat sesuatu hadith tidaklah sampai melemparkan tuduhan syirik, kufur, sesat atau terkeluar daripada iman. Hadith ini termasuk dalam kelompok hadith-hadith tersebut.
Orang Yahudi Bertawassul Dengan Nabi SAW
Selain daripada tawassul Nabi Adam AS, Al-Quran turut merakamkan bagaimana orang Yahudi telah menggunakan tawassul dengan Nabi Muhammad SAW sebelum pengutusan Baginda dengan berhasil. Allah SWT berfirman di dalam KitabNya yang mulia:
“Dan tatkala datang kepada mereka (Yahudi) sebuah Kitab dari Allah (al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). (Tetapi) setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad SAW dan al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang kafir yang ingkar itu.” (Al-Baqarah: 89)
Dalam mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Qurtubi RH menyatakan:
Firman Allah SWT: “Tatkala datang kepada mereka”, iaitu orang Yahudi, “Kitab”, iaitu al Quran “Daripada Allah yang mengesahkan Apa yang ada pada mereka”- Taurat dan Injil. Iaitu, al Quran mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil. “Dan adalah mereka sebelum itu, meminta dibukakan” , iaitu meminta pertolongan, al istiftah) ialah al istinsor (memeohon pertolongan)
Di dalam hadith, menyebut: “Nabi SAW meminta pertolongan kepada Allah dengan kemuliaan orang-orang yang lemah di kalangan kaum Muhajirin.” Iaitu meminta pertolongan dengan doa-doa dan solat mereka.
Di antaranya lagi, firman Allah: “Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan suatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafiq itu).” (al-Maaidah: 52)
Al-Nasaie meriwayatkan daripada Abu Sa’id al Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya pertolongan Allah tercurah ke atas umat ini disebabkan orang-orang lemah di kalangan mereka; dengan doa-doa, solat dan keikhlasan mereka.”
Al-Nasaei juga meriwayatkan daripada Abu al Darda’ RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:اُCarikanlah untukku orang yang lemah kerana sesungguhnya kamu hanya diberi pertolongan dan dikurniakan rezeki disebabkan orang-orang lemah di kalangan kamu.”
Berkata Ibnu ‘Abbas RA: Pada suatu ketika, orang Yahudi di Khaibar berperang dengan suku Ghatfan. Apabila mereka berperang, orang Yahudi berjaya dikalahkan oleh mereka. Maka orang Yahudi berdoa dengan doa ini:
“Sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan kedudukan Nabi yang ummi yang telah Engkau janjikan kepada kami bahawa Engkau akan mengutuskannya kepada kami pada akhir zaman, agar Engkau menolong kami mengalahkan mereka.”
Beliau berkata: Apabila mereka bertempur, mereka berdoa dengan doa ini, maka tentera Ghatfan pun dapat dikalahkan. Namun setelah Allah mengutuskan Nabi Muhammad S, mereka ingkar dan kufur dengannya. Maka Allah menurunkan firmanNya ini:

No comments:
Post a Comment