Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 23 November 2010
Sebelum kita memasuki tajuk minggu ini, pihak kami ada menerima komentar seorang pembaca bahawa bahan yang dikongsikan di ruangan ini terasa terlalu tinggi untuk kefahaman mereka. Kami berterima kasih atas maklumbalas ini dan ingin membuat sedikit penjelasan. Seperti yang dimaklumi oleh mereka yang mengikuti rapat ruangan ini, buat masa ini, ruangan ini dikhususkan untuk berkongsi dengan para pembaca perbahasan yang bernilai dari sebuah buku karangan seorang tokoh ulama mutakhir berkenaan isu-isu yang disalah-fahami oleh masyarakat. Jika itulah yang menjadi tumpuan kita tidak hairanlah jika sebahagian pembaca merasakan isi kandungannya tinggi kerana biasanya isu-isu yang menimbulkan kekeliruan ini biasanya bukan isu-isu mudah. Mereka yang tidak ter`fitnah’ dengan isu-isu ini memang tidak begitu mudah mengikuti perbahasannya. Memang sepatutnya adalah lebih baik bagi agama mereka jika ditumpukan tajuk-tajuk asasi Islam, Iman dan Ihsan. Malangnya, kita masih terpaksa menanganinya kerana tetap ada di sana sekelompok mereka yang sangat gemar menimbulkan isu-isu sebegini sehingga mencemarkan kefahaman umat.
Sepatutnya, seperti tajuk kita minggu ini, tidak semua polemik yang timbul dikalangan ulama’ mengenai pelbagai masalah agama dan aqidah, dibebankan oleh Allah SWT ke atas kita untuk membahaskannya. Bahkan, kita berpendapat, bahawa polemik ini hanya akan melenyapkan kehebatan dan keagungan perkara tersebut. Misalnya perselisihan ulama’ mengenai Nabi Muhammad SAW melihat Allah dan caranya.
Perselisihan yang panjang lebar sentiasa berlegar di kalangan mereka mengenai permasalahan ini. Ada ulama’ yang berpendapat, bahawa Nabi Muhammad SAW melihat Allah SWT dengan hatinya. Sementara ulama’ lain berpendapat, Nabi Muhammad SAW melihatNya dengan kedua-dua belah matanya. Masing-masing mengemukakan dalil mereka dan menguatkan hujjah mereka dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Apa yang saya lihat, semua yang mereka lakukan itu adalah sia-sia dan tidak mendatangkan faedah. Bahkan, kemudharatannya adalah lebih besar daripada manfa’atnya. Apatah lagi jika kandungan polemik itu didengari oleh umat Islam awam. Tidak mustahil, jika mereka mendengar dan mengetahui hal-hal yang diperdebatkan itu, pasti akan timbul keraguan dalam hati mereka.
Seandainya kita meninggalkan perbahasan mengenai perkara ini, dan memadai kita menyebut apa adanya, pasti ia akan kekal menjadi perkara yang mulia dan tidak akan hilang keagungannya dalam jiwa manusia. Umpamanya, kita mengatakan bahawa Rasulullah SAW melihat Tuhannya. Cukup sekadar itu sahaja, tanpa dilanjutkan perbahasannya dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.

Allah SWT Berfirman Kepada Nabi Musa AS Secara Langsung
Masalah lain yang diperdebatkan oleh ulama’ ialah mengenai hakikat Kalam Allah. Terjadi polemik yang amat panas dalam permasalahan ini. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Kalam Allah itu berupa kalam nafsi (wahyu yang terus dimasukkan ke dalam jiwa Nabi Musa AS). Sementara sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa firman Allah SWT itu berupa huruf dan suara. Saya sendiri berkeyakinan bahawa tujuan sebenar kedua kumpulan ini adalah untuk mensucikan Allah SWT dan menghindari kesemua jenis syirik terhadapNya.
Permasalahan Kalam Allah merupakan suatu hakikat atau kebenaran yang sememangnya telah thabit tanpa boleh disangkal atau diengkari lagi. Perkara ini tidak menafikan kesempurnaan Allah dari satu sudut dan dari sudut yang lain, sifat-sifat Allah SWT yang terdapat dalam al Quran wajib diimani dan dithabitkan kerana tiada yang mengenal Allah, kecuali Allah SWT itu sendiri.
Pada pandangan saya, bahkan saya menyeru supaya kita hanya menetapkan hakikat ini tanpa kita cuba menyelidiki cara dan bentuk Kalam Allah. Kita akui ketetapan, bahawa Allah SWT mempunyai sifat Kalam. Lalu kita katakan, “Ini (al Quran) adalah Kalam Allah SWT, dan bahawa Dia itu Mutakallim (berkata-kata).” Selepas itu, hendaklah kita mengalihkan perhatian daripada memikirkan sama ada Kalam Allah itu berupa nafsi atau bukan nafsi, dengan huruf dan suara, atau tanpa huruf dan suara. Semuanya ini merupakan suatu pelampauan yang tidak pernah diperkatakan oleh Pembawa ajaran tauhid, Nabi Muhammad SAW. Jika Baginda SAW sendiri tidak membincangkannya, untuk apakah pula kita menambah-nambah apa yang telah dibawa oleh Baginda SAW? Bukankah perbuatan seperti itu merupakan bid’ah yang paling buruk? “Maha Suci Engkau, ya Allah! Ini adalah satu pembohongan yang besar!” (Al-Nur: 16) “Sesungguhnya Aku Dapat Melihat Dari Belakangku.”
Satu lagi persoalan yang menjadi polemik di antara ulama’ ialah hakikat sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihat kamu dari depanku.”
Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa Allah SWT menjadikan sepasang mata bagi Rasulullah SAW di belakangnya. Sebahagian yang lain pula berpendapat, Allah SWT menjadikan bagi kedua-dua mata Baginda SAW yang sememangnya berada di depan itu kemampuan melihat menembusi sesuatu. Dengan kekuatan tersebut, Baginda SAW dapat melihat apa yang ada di belakangnya. Ada juga yang berpendapat, bahawa Allah SWT menterbalikkan bagi Baginda SAW dengan menjadikan apa yang ada di belakangnya, sebagai imej yang berada di hadapannya.
Pada saya, semua pendapat yang berlegar di sekitar perdebatan ini termasuk perbuatan sia-sia dan tiada gunanya. Bahkan, ia hanya akan mengeluarkan hakikat ini daripada keindahan dan kecanggihannya, serta melemahkan kehebatan dan kecantikan keperibadian Baginda SAW dari hati umat Islam.
Adapun Nabi Muhammad SAW melihat apa yang ada di belakangnya seperti melihat apa yang ada di hadapannya itu merupakan suatu realiti yang benar, dan dikhabarkan sendiri oleh Baginda SAW dalam hadith yang sohih. Justeru, tidak ada ruang lagi untuk mengingkarinya. Tetapi, apa yang kita seru dan lihat ialah sebaiknya hakikat itu kita akui dan biarkan begitu sahaja, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri. Tidak perlu kita mempersoalkan cara dan bentuk Nabi SAW melihat apa yang ada di belakangnya. Kita wajib meyakini kemungkinan perkara seperti ini bagi Nabi SAW. Natijah dari kurnian ini ialah, kita bersaksi bahawa perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri Baginda SAW, yang tidak sejalan dengan hukum alam adalah untuk memperlihatkan Qudrat Allah Yang Maha Perkasa dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul pilihan.
No comments:
Post a Comment