Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 2 November 2010
Dalam kesempatan yang lepas kita telah menjelaskan kesilapan sesetengah golongan yang cenderung menuduh bid`ah terhadap sesama Islam sedangkan tidak semua yang baharu dalam agama itu adalah bid`ah secara hakiki. Seringkali yang dikatakan bid`ah hasanah itu sebenarnya bukanlah bid`ah melainkan dari sudut bahasa sahaja.
Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bid`ah adalah aliran tasawwuf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Manakala sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasawwuf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasawwuf. Mereka sampai berkata: “Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!”
Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasawwuf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian. Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn ‘Iyadh RH, telah berkata Junaid al Baghdadi RH, telah berkata Hasan al Basri RH, telah berkata Sahl al Tasturi RH, telah berkata al Muhasibi RH, telah berkata Bisyr al Hafi RH dan sebagainya.
Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka itu? Nama-nama ulama’ yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasawwuf yang tidak asing lagi, malah ulama’ inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasawwuf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub(pangkat kewalian tertinggi). Kitab-kitab tasawwuf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasawwuf ini benar-benar orang yang jahil atau pun buat-buat jahil? Atau mereka ini buta atau buat-buat buta?
Kita suka menaqalkan kalam imam-imam agama yang mereka ini adalah penyangga dan rijal tasawwuf. Apa yang kita kehendaki di sini ialah menaqalkan kalam mereka mengenai syariat Islam supaya kita mengetahui mawqif (pendirian) mereka yang sebenar. Kita wajib mengenali seseorang itu melalui dirinya sendiri. Dalam mengenali seseorang, dirinya sendirilah yang terbaik untuk menceritakan mengenai pendapatnya sendiri dan lebih dipercayai apabila dia menzahirkan apa yang ada di dalam hatinya.
Pendirian Tokoh-tokoh Tasawuf
Syeikh Junaid al Baghdadi RH berkata:

“Semua jalan (menuju kepada Allah) adalah tertutup bagi sekelian makhluk melainkan jalan orang yang mengikut kesan-kesan Rasulullah SAW, mengikut sunnahnya dan melazimi jalannya kerana jalan-jalan kebaikan semuanya terbuka ke atasnya dan ke atas orang yang menjejaki kesannya dan mengikut sunnahnya.”
Diriwayatkan bahawa, pada suatu hari, Abu Yazid al-Bastami RH, salah satu tokoh rujukan utama tasawuf, berkata kepada sahabat-sahabatnya, “Marilah bersama-sama kami, pergi bertemu dengan seorang lelaki yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai wali.” Maka kami pun pergi menemui lelaki tersebut. Tatkala dia keluar daripada rumahnya dan memasuki masjid, dia berludah ke arah kiblat. Melihatnya, Abu Yazid RH segera beredar tanpa mengucapkan salam kepada lelaki tersebut. Abu Yazid RH berkata: “Orang ini tidak dapat menjaga satu adab daripada adab-adab Rasulullah S, maka bagaimana pula dapat terjamin kebenaran dakwaannya sebagai wali yang telah menyelesaikan segala maqam para wali dan siddiq?” (Risalah al-Qusyairiyyah H: 396)
Zun Nun al-Misri RH berkata: “Paksi kalam ahli sufi adalah empat perkara; kasih kepada Allah dan benci kepada dunia, mengikut al-Quran dan takut kepada perubahan iman. Di antara tanda kekasih Allah SWT ialah dengan mengikut kekasih Allah (Rasulullah SAW) pada akhlak, perbuatan, suruhan dan Sunnahnya.”( Risalah al-Qusyairiyyah H: 433)
Al-Sariy al-Saqati RH pula berpesan: “Tasawwuf ialah satu nama bagi tiga makna; cahaya makrifatnya tidak memadamkan cahaya wara’nya (prihatin dengan batas syariat), tidak berkata tentang ilmu batin yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah dan karamat-karamatnya tidak mendorong dia mencabul kehormatan Allah.”
Seorang lagi tokoh besar tasawuf, Abu Nasr Bisyr ibn al-Harith al-Hafi RH(w. 227H) berkata: “Aku telah melihat Nabi SAW di dalam tidur, maka Baginda SAW bersabda kepadaku, “Wahai Bisyr! Adakah kamu tahu kenapa Allah mengangkat kamu di antara sahabat-sahabat kamu yang lain?” Aku menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah!” Sabda Baginda SAW, “Kerana ikutanmu terhadap Sunnahku, khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu kepada saudara-saudaramu, kasihmu terhadap sahabat-sahabatku dan ahli keluargaku. Inilah sebab yang menyampaikan kamu kepada kedudukan ahli abrar (mulia).” (Dr.Abdul Halim Mahmud, Al-Arif Billah Bisyr ibn al-Harith al-Hafi, H:133)
Abu Yazid ibn Taifur ibn Isa al-Bastami RH berkata: “Sesungguhnya aku ingin sekali meminta kepada Allah agar Dia mencukupkan keinginanku terhadap makanan dan perempuan. Kemudian aku berkata, “Bagaimanakah harus aku memintanya kepada Allah, sedangkan Rasulullah SAW tidak pernah memintanya.” Maka aku pun tidak memintanya, tetapi kemudiannya Allah SWT telah mencukupkan keinginanku kepada perempuan sehingga aku tidak lagi peduli sama ada yang mengadapku adalah perempuan atau pun tembok.”
Abu Yazid RH juga terkenal dengan kata-katanya: “Sekiranya kamu melihat seorang lelaki yang dikurniakan karamat sehingga boleh terbang di udara, maka janganlah kamu tertipu dengannya, sehinggalah kamu melihat bagaimana penjagaannya terhadap perintah dan larangan Allah, batas-batas dan perlaksanaannya terhadap syariat.” (Risalah al-Qusyairiyyah H: 397)
Inilah sebahagian daripada kata-kata para pemuka tasawuf daripada generasi silam yang ketokohan dan sumbangan mereka terhadap Islam tidak dapat dipertikaikan lagi. Selain daripada menjelaskan secara muktamad tentang kepentingan kedudukan Syariat dan Sunnah dalam dunia tasawuf, kita juga mendapat gambaran tentang inti dan pokok ilmu tasawuf yang pada hakikatnya adalah inti agama itu sendiri.
No comments:
Post a Comment