Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 9 November 2010
Di kesempatan yang lepas, kami telah mengemukakan sedutan daripada penjelasan oleh salah seorang tokoh besar ulama Tasawuf, Hadith dan Syariat dizaman kita, Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin `Alawi al-Maliki tentang isu hubungan antara Tasawuf dan Syariat. Dalam kitabnya Mafahim Yajib an Tusohhah (Kefahaman Yang Wajib diPerbetulkan), beliau telah memetik kata-kata para pemuka ulama Tasawuf yang menegaskan keselarian antara ilmu ini dengan Syariat atau usul Syariat, al-Quran dan al-Sunnah. Di bawah ini diperturunkan beberapa petikan lain yang mengungkapkan dengan begitu fasih tentang persoalan ini sekaligus memberikan kepada kita gambaran sebenar Tasawuf dari lisan para tokoh-tokohnya yang hakiki.
Telah berkata Abu Sulaiman Abdur Rahman ibn ‘Atiyyah al Darani RH (wafat 215H): “Barangkali telah jatuh ke atas hatiku satu ilham daripada ilham-ilham ahli sufi semenjak beberapa hari, tetapi aku tidak menerimanya semata-mata melainkan setelah disaksikan oleh dua saksi yang adil iaitu Kitab dan Sunnah.”( Al-Sulami, Tobaqat al Sufiyyah H: 76)
Abu Hasan Ahmad ibn Abu al Hawari RH (wafat 230H) berkata: “Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan tanpa mengikut Sunnah Rasulullah SAW, maka ia adalah batil.” (Al-Sulami, Tobaqat H: 92) Abu Hafs Umar ibn Maslamah al Haddad (w. 260H) pula berkata: “Sesiapa yang tidak mempertimbangkan perbuatannya pada setiap waktu dengan timbangan Kitab dan Sunnah, dan tidak merasa syak terhadap lintasan-lintasan hatinya, maka dia tidak termasuk di dalam Dewan al Rijal (wali-wali Allah).” (Risalah al Qusyairiyyah H: 406, Madarij al-Salikin H: 325)
Berkata Abu al-Qasim al-Junaid ibn Muhammad RH: “Sesiapa yang tidak menjaga (perintah dan larangan) al Quran dan tidak menulis (memahami) hadith, dia tidak boleh diikuti dalam urusan ilmu tasawwuf ini, kerana ilmu kami berdasarkan Kitab dan Sunnah.” Beliau berkata lagi:“Mazhab kami diikat dengan usul Kitab dan Sunnah dan ilmu kami ini disangga dengan hadith Rasulullah SAW.” (Risalah al-Qusyairiyyah, H: 431)
Setelah hal Abu Uthman Sa’id ibn Ismail al-Hiri RH berubah (mendekati maut), anaknya, Abu Bakar mengoyak-ngoyak bajunya sendiri kerana risau melihat keadaan ayahnya. Setelah sedar daripada pengsan, Abu Uthman membuka matanya dan melihat baju anaknya dalam keadaan koyak rabak. Lalu dia berkata kepada anaknya, “Wahai anakku! Menyalahi Sunnah pada zahir menunjukkan riya’ yang ada dalam batin.”
Beliau juga pernah berkata: “Berdamping dengan Allah ialah dengan adab yang indah, sentiasa merasakan kehebatanNya dan muraqabah kepadaNya (sentiasa merasakan pengawasan Allah). Berdamping dengan Rasulullah SAW ialah dengan mengikut Sunnahnya dan melazimi ilmu zahir (Syariat). Berdamping dengan para wali Allah ialah dengan menghormatinya dan berkhidmat kepadanya. Berdamping dengan ahli keluarga dengan akhlak yang baik, berdamping dengan saudara dengan sentiasa memberikan khabar gembira selagi ia tidak menjadi dosa dan berdamping dengan orang jahil dengan doa dan kasih-sayang kepada mereka.” (Ibnu Qayyim, Madarij al-Salikin, Jld 2 H: 353)
Telah berkata Abu al Fawaris Syah ibn Syujja’ al Karmani RH: “Sesiapa yang menundukkan pandangannya dari perkara-perkara haram, menahan nafsunya daripada dorongan syahwat, memakmurkan batinnya dengan sentiasa bermuraqabah dan zahirnya dengan mengikut Sunnah serta membiasakan dirinya dengan makanan yang halal, maka tidak akan tersalah firasatnya.”
Telah berkata Abu al-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Sahl ibn ‘Ato’ al-Adami RH: “Sesiapa yang melazimi dirinya dengan adab-adab syariat, maka Allah menyinari hatinya dengan cahaya makrifah. Tidak ada maqam yang lebih tinggi daripada maqam mengikut Rasulullah S sama ada pada suruhan, perbuatan dan akhlaknya.” Beliau juga berkata: “Setiap perkara yang kamu dipersoalkan tentangnya, maka carilah jawapannya di dalam halaman ilmu. Sekiranya kamu tidak menemuinya, maka carilah di dalam medan hikmah. Jika kamu tidak menjumpainya juga, maka timbanglah dengan tauhid. Jika kamu tidak menemuinya di dalam ketiga-tiga tempat ini, maka lemparkanlah masalah itu ke wajah syaitan.”
Abu Ishaq Ibrahim ibn Daud al-Raqqi RH (w.369) berkata: “Tanda kecintaan kepada Allah ialah lebih mementingkan ketaatan kepadaNya dan mengikut NabiNya SAW.” Telah berkata Mimsyad al-Dinawari RH: “Adab seseorang murid ialah beriltizam menjaga kehormatan syeikh, berkhidmat kepada ikhwan, keluar daripada sebab-sebab (keduniaan) dan menjaga adab-adab syara’ ke atas dirinya.”
Telah berkata Abu Muhammad Abdullah ibn Manazil RH: “Tidak meninggalkan seseorang itu satu kefardhuan daripada kefardhuan-kefardhuan agama melainkan Allah membalanya dengan meninggalkan perkara-perkara sunat, dan tidaklah Allah membala seseorang dengan meninggalkan perkara-perkara sunat melainkan hampir-hampir ia dibalakan dengan perkara-perkara bid’ah.”
Adalah jelas daripada kata-kata tokoh-tokoh Tasawuf daripada generasi awal ini bahawa jalan Syariat adalah asas dan landasan bagi perjalanan seseorang Sufi. Walau apapun yang mungkin ditemui seseorang dalam perjalanannya itu semuanya harus tunduk kepada neraca al-Quran dan al-Sunnah. Maka Tasawuf yang hakiki, seperti mana yang dipegang oleh para pemukanya adalah manhaj yang harmoni dan selari dengan al-Quran dan al-Sunnah, bahkan bersumberkan dan berdasarkan dua sumber asasi Syariat ini.
Cuma, mungkin tetap timbul perbezaan dan perselisihan jika istilah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah atau istilah Syariat itu difahami secara berbeza. Sepatutnya dua sumber asasi agama ini difahami dan didekati mengikut pendekatan yang muktabar dan disepakati oleh para pakar dalam ilmu-ilmu al-Quran dan Hadis. Bukannya pendekatan yang terlalu literal dan sempit. Syariat juga perlu difahami dalam kerangka yang telah diterima pakai oleh arus perdana Usul al-Fiqh dan Fiqh dan segala kaedah-kaedah yang berkaitan. Jika ini jadi pegangan maka nescaya Tasawuf dan Syariat akan berjalan segandingan dan seiringan. Wallahua`lam, insyaAllah, di minggu hadapan kita akan meneliti pula beberapa kefahaman yang perlu dimurnikan berkaitan dengan aliran Aqidah al-`Asha’irah.

No comments:
Post a Comment